Pages

Thursday, 13 June 2013

Istighfar



Asslamualaikum warahmatullah.

Manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. itu adalah fitrah manusia. tetapi untuk kembali membersihkan diri dari dosa, Allah memberi jalan keluar untuk manusia kembali pada-Nya.
istighfar umpama butang ‘escape’ atau butang ‘backspace’ di keybord. andai anda tersilap kata, terkasar bahasa, terbuat dosa, maka beristighfarlah.
jangan tunggu melakukan dosa sahaja baru beristighfar, lakukan ia setiap masa. mungkin ada beberapa perkara dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari.jikalau pun yakin sepenuh hati bahawa anda tidak melakukan dosa, beristighfar lah juga. kerana Rasulullah yang maksum juga beristighfar. apatah lagi kita manusia biasa.
Sabda Rasulullah saw :
“Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Nya pada setiap hari lebih dari tujuh puluh kali” (H.R Bukhari)


Istighfar-Istighfar

1. 100 kali
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2. Tiada had
لَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَظِيمِ

Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu)  melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.

3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ

Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.


Saiyidul Istighfar (Raja Istighfar)


Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, yang tiada Tuhan disembah melainkan Engkau. Tuhan yang telah menciptakan diriku. Aku adalah hamba-Mu dan aku ada dalam perjanjian-Mu, yang dengan segala kemampuanku aku laksanakan perintah-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari segala perbuatan buruk yang aku lakukan kepada-Mu. Engkau telah mencurahkan nikmat-Mu kepadaku, sedangkan aku sentiasa berbuat dosa. Ampunilah dosaku kerana tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau.

(HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah, dan Hakim)

(Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 6306, 6323), Ahmad (4/122, 125), dan an-Nasa’I (8/279-280) dari Syaddad bin Aus radhiyallahu ‘anhu)

Rasulullah membiasakan membaca doa itu dan beliau menyebutkan sebagai Sayyidul Istighfar atau Raja Istighfar. Bahkan, Rasulullah menegaskan, barangsiapa yang membaca sayyidul istighfar pada siang hari dan hamba Allah itu meninggal pada malam harinya hingga terbit matahari ia berhak masuk syurga. Barangsiapa yang membaca sayyidul istighfar pada malam hari, kemudian hamba Allah itu meninggal pada siang hari (mulai matahari terbit hingga terbenamnya) ia berhak masuk syurga.


Marilah kita beristighfar. paling kurang 3 kali sehari pun tak pe. kerana 
janji Allah adalah janji yang sangat sangat ditepati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...